Siswa pendidik IPGKTAA mengadakan bacaan surah al-Kahfi beramai-ramai pada malam Jumaat.
Majlis diketuai oleh Zuhair PISMP PAI Sem 6
Pusat Komuniti Surau As Syafie
Sama-samalah kita menjadikan Surau As-Syafie sebagai hub aktiviti pelajar seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bakal mengimmarahkan premis surau kita. Wallahualam.
Monday 12 March 2018
Saturday 10 March 2018
Program Gotong Royong Surau As-Syafie
Tarikh : 3 Mac 2018
Tempat : Persekitaran Surau As-Syafie
Masa : 8.00 pagi
Satu gotong royong telah diadakan pada tarikh yang telah dinyatakan. Seramai lebih kurang 22 orang pelajar muslimin dan 80 orang pelajar muslimah yang telah meluangkan masa untuk sama-sama mengimmarahkan aktiviti ini. Kehadiran para pelajar amat memberangsangkan berbanding pada yang lalu.
Aktiviti dimulakan dengan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh penganjur dan sumbangan individu dari pelbagai pihak. Pada jam 9.00 pagi sesi bermula dengan ucapan aluan dari Tn Hj. Tajuddin bin Sidek dan diikuti taklimat pembahagian kerja oleh Ketua Biro Kerohanian JPP, saudara Wan Muhammad Rufki bin Wan Ibrahim
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah saperti berikut :
1. Membersihkan dewan solat
2. Mengemaskan susun atur perabot dalam surau
3. Membersihkan dapur dan peralatannya
4. Membersihkan tempat wuduk dan tandas
5. Mengecat bangunan surau
5. Membersihkan pejabat surau
6. Membaikpulih sudut taman rekreasi
7. Membersihkan peralatan elektrik terutamanya kipas
8. Membersih dan mengemob lantai foyer dan kawasan yang berjubin
9. Membersihkan saluran air (longkang) disekitar premis
10.Membersih dan mengemas bilik-bilik khas (bilik kuliah)
Dengan adanya aktiviti gotong royong surau As-Syafie ini, dapat meningkatkan motivasi diri terhadap pentingnya nilai kebersihan terutama tempat ibadah yang bukan sahaja perlu bersih malah, kesucian juga perlu dititik beratkan. Adalah diharapkan aktiviti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Aktiviti tamat pada pukul 12.15 petang.
SS/JSS/11/3/18
Thursday 8 February 2018
Sejarah Penubuhan Pusat Islam Surau As-Syafie
Kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-7 dengan kos sebanyak kira-kira RM55.8 juta di atas tapak seluas 24.7 hektar (60 ekar) yang terletak di KM 10, Jalan Padang Tengku, Kuala Lipis. Kampus ini mampu menampung seramai 1,200 orang guru pelatih pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang merangkumi kemudahan pentadbiran, akademik, kokurikulum, kediaman dan kemudahan staf sokongan yang lain sejajar dengan perkembangan dan keperluan pendidikan masa kini. Kini pentadbiran maktab ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah serta 10 orang Ketua Jabatan yang diwujudkan bagi tujuan pengurusan akademik dan hal ehwal guru pelatih. Pentadbiran maktab juga turut disokong oleh kumpulan staf bukan akademik.
Subscribe to:
Posts (Atom)