Monday 12 March 2018

Bacaan Surah al-Kahfi

Siswa pendidik IPGKTAA mengadakan bacaan surah al-Kahfi beramai-ramai pada malam Jumaat.
Majlis diketuai oleh Zuhair PISMP PAI Sem 6



Saturday 10 March 2018

Program Gotong Royong Surau As-Syafie

Tarikh    : 3 Mac 2018
Tempat  : Persekitaran Surau As-Syafie
Masa      : 8.00 pagi

Satu gotong royong telah diadakan pada tarikh yang telah dinyatakan. Seramai lebih kurang 22  orang pelajar muslimin dan 80 orang pelajar muslimah yang telah meluangkan masa untuk sama-sama mengimmarahkan aktiviti ini. Kehadiran para pelajar amat memberangsangkan berbanding pada yang lalu. 
Aktiviti dimulakan dengan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh penganjur dan sumbangan individu dari pelbagai pihak. Pada jam 9.00 pagi sesi bermula dengan ucapan aluan dari Tn Hj. Tajuddin bin Sidek dan diikuti taklimat pembahagian kerja oleh Ketua Biro Kerohanian JPP, saudara Wan Muhammad Rufki bin Wan Ibrahim

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah saperti berikut :
1.  Membersihkan dewan solat
2.  Mengemaskan susun atur perabot dalam surau
3.  Membersihkan dapur dan peralatannya
4.  Membersihkan tempat wuduk dan tandas
5.  Mengecat bangunan surau
5.  Membersihkan pejabat surau
6.  Membaikpulih sudut taman rekreasi
7.  Membersihkan peralatan elektrik terutamanya kipas
8.  Membersih dan mengemob lantai foyer dan kawasan yang berjubin
9.  Membersihkan saluran air (longkang) disekitar premis
10.Membersih dan mengemas bilik-bilik khas (bilik kuliah)

Dengan adanya aktiviti gotong royong surau As-Syafie ini, dapat meningkatkan motivasi diri terhadap pentingnya nilai kebersihan terutama tempat ibadah yang bukan sahaja perlu bersih malah, kesucian juga perlu dititik beratkan. Adalah diharapkan aktiviti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.


Aktiviti tamat pada pukul 12.15 petang.










SS/JSS/11/3/18