LAPORAN AKTIVITI SEMASA PISA



GOTONG-ROYONG PERDANA
PUSAT ISLAM AS-SYAFIE (PISA)
Tarikh: 3 MAC 2018

Pusat Islam As-Syafie atau turut disebut sebagai Surau As-syafie oleh warga IPGKTAA menjalankan Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua warga Islam IPGKTAA. Program Gotong-Royong Perdana ini diketuai oleh barisan ahli Biro Agama Surau As-Syafie (BIAGA) dan LESTARI. Ramai pensyarah, staff dan guru pelatih yang hadir bagi bersama-sama menjayakan program pada hari ini. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menceriakan kawasan PISA, malah turut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pensyarah, barisan staff dan guru pelatih. Beberapa aktiviti dijalankan antaranya mengecat dinding surau, membersihkan kawasan wudhu’, membersihkan kipas dan lain-lain lagi. Kebanyakan aktiviti berat dilakukan oleh guru pelatih lelaki manakala guru pelatih perempuan lebih tertumpu kepada aktiviti di dalam surau. Setiap aktiviti diketuai oleh salah seorang guru pelatih yang dipilih oleh Naib Pengerusi BIAGA. Di sini saya sertakan senarai aktiviti gotong-royong pada hari ini:
MUSLIMIN (lelaki)
MUSLIMAT (perempuan)
1.      Mengecat dinding surau
2.      Membersihkan kolam (cabut rumput)
3.      Membersihkan kawasan wudhu’ lelaki
4.      Mencabut kipas di dinding
1.      Membersihkan kipas
2.      Mop lantai
3.      Vacuum karpet
4.      Menyusun Al-Quran
5.      Membasuh kain sembahyang, sejadah, dan sarung kusyen
6.      Menyusun buku di perpustakaan mini PISA
7.      Mengelap sliding door

Tentatif Program
Masa
Aktiviti
7.00 pagi
Ahli lajnah jamuan dan dapur menyediakan makanan di dapur surau
8.30 pagi
Kehadiran pensyarah, staff dan guru pelatih
8.45 pagi
Menikmati sarapan
9.15 pagi
Taklimat oleh Ustaz Tajuddin
Pembahagian tugas oleh Naib Pengerusi BIAGA
9.45 pagi
Guru pelatih mula menjalankan tugas yang diterima.
11.00 pagi
Rehat
11.30 pagi
Tugas disambung
1.00 tengahari
Makan tengahari
Bersurai

               


TARIKH : 6/3/2018
TAJUK : FEQH MANHAJI
PENCERAMAH : USTAZ HAIRULAZZAM

 ADAB SAAT MENGIRINGI JENAZAH
1.               Bersikap Tenang.  Hendaknya bersikap tenang dan diam ketika mengiringi jenazah
ke kubur. Imam Nawawi berkata, " Ketahuilah, sesungguhnya yang benar adalah bersikap tenang ketika mengiringi jenazah, sebagaimana yang dipraktikkan oleh kalangan salaf. Tidak perlu meninggikan suara dengan bacaan al-Quran, zikir, atau bacaan yang lain. Hal ini dianjurkan bertujuan untuk membuat jiwa seseorang lebih tenang dan fikirannya lebih fokus pada hal-hal yang berkaitan dengan jenazah, dan inilah yang dituntut dalam keadaan tersebut. " (dalam Kitab Asna al-Muthalib Syarh Raud ath-Thalib).

2.               Disegerakan .  Jika yang meninggal adalah orang salaf/soleh, hendaknya
disegerakan. Di dalam sebuah Hadis, Rasulullah bersabda, " Bila jenazah diangkat dan orang-orang mengusungnya di atas bahu, maka bila jenazah itu baik, dia berkata, 'percepatkanlah perjalananku.' Sebaliknya, bila jenazah itu tidak baik, dia akan berkata, 'Celaka! mahu dibawa ke mana aku? ' Semua makhluk mendengar suaranya kecuali manusia. Bila manusia mendengarnya, pasti pengsan. " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3.    Berdiri Sejenak di tepi kubur.  Orang-orang yang mengiringi jenazah, setelah
mengebumikan, hendaklah berdiri seketika di sisi kubur untuk mendoakannya. Uthman RA berkata, " Nabi jika selesai mengebumikan jenazah, baginda berdiri seketika dan bersabda, 'Mohonlah keampunan bagi saudara kalian dan mintalah kekuatan untuknya , kerana dia sekarang sedang ditanya '. " (Riwayat Abu Daud dan sahih menurut Hakim ).

4.               Menaburkan tanah setelah pengebumian .  Dalam Hadis Ibnu Majah kitab
Janaiz (catatan tentang jenazah) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah , Pada suatu saat Nabi Muhammad takziah (meratapi) terhadap sahabatnya yang meninggal. Setelah mensolatkannya kemudian baginda ikut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Setelah dikebumikan, kemudian baginda mendekati kubur tersebut sambil menggenggam tanah dan menaburkannya di atas kubur sebanyak 3 kali. Dimulai dari arah kepala.

5.         Kematian dan Kehidupan Akhirat.  Sebelum berdoa, dapat menyampaikan
nasihat singkat tentang kematian dan kehidupan akhirat. Hal ini dimaksudkan agar jiwa orang-orang yang hadir menjadi lebih tenang dan lebih bersedia untuk bermunajat kepada Allah. Diriwayatkan dari Ali ra ., dia berkata, " Kami sedang menghadiri pengebumian jenazah di Baqi 'Gharqad. Kemudian Nabi datang lalu duduk dan kami pun duduk di sekitar baginda. Baginda memegang sebuah tongkat pendek. Baginda menunduk dan mengetuk-ngetuk hujung tongkat pendek itu ke tanah. Baginda lalu bersabda: 'Tidak ada seorangpun daripada kalian, tidaklah ada jiwa yang diciptakan, kecuali telah ditentukan tempatnya di syurga atau di neraka, dan telah ditetapkan sebagai orang celaka atau bahagia.' Seorang sahabat berkata, 'Wahai Rasulullah, kalau begitu apakah kita tidak sebaiknya menyerahkan diri pada ketetapan itu'. Baginda menjawab, 'Bekerjalah, kerana setiap orang dimudahkan untuk beramal sesuai dengan apa yang dia diciptakan untuknya'. " ( Muttafaq Alaih ).

6.              Mengambil Pelajaran .  Hendaknya para pengantar mengambil pelajaran berharga
atas pengalamannya mengusung dan mengantarkan jenazah. Nabi bersabda: " Jenguklah orang sakit dan iringilah jenazah, dengan demikian kalian akan mengingat akhirat. " (Riwayat Ahmad ) *

PERKARA MAKRUH
1.              Berzikir keras, membaca sesuatu atau pekerjaan-pekerjaan lainnya dengan suara
keras. Berkata Ibnul Mundzir: "Kami mendapat riwayat dari Qais bin 'Ibad yang mengatakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. tidak menyukai meninggikan suara dalam tiga hal: mempersiapkan jenazah, ketika berzikir, dan sewaktu berperang. Dan dianggap makruh oleh Sa'id bin Musaiyab , Sa'id bin Jubair, Hasan, Nakh'i, Ahmad dan Ishak bila seorang mengucapkan sesuatu di belakang jenazah. Berkata Fudhail bin 'Amar : "Sementara Ibnu Umar mempersiapkan jenazah, tiba-tiba terdengar olehnya seseorang mengucapkan Astaghfirullah, mudah-mudahan Allah mengampuninya! "Maka kata Ibnu Umar:" Semoga Allah tidak akan memberi ampunan bagimu! " Berkata Nawawi:"Ketahuilah bahawa yang benar adalah seperti yang dilakukan oleh Salaf - orang-orang yang terdahulu - iaitu berdiam diri sewaktu mengiringi jenazah, sampai tak mengeluarkan suara keras, baik membaca sesuatu, berzikir dan sebagainya.
2.              Mengiringinya dengan lampu, kerana itu merupakan suatu perbuatan jahiliyah.
Berkata Ibnul Mundzir :Hal itu dianggap makruh oleh para ulama. Tapi seandainya pengebumian dilakukan pada malam hari, sampai memerlukan pencahayaan, maka tak ada salahnya. Diriwayatkan oleh Tarmidzi dari Ibnu Abbas : " Bahawa Nabi saw. pernah memasuki suatu tanah perkuburan di malam hari, maka dinyalakan lampu. . "Katanya pula:" Hadits Ibnu Abbas ini adalah hadits hasan. "
3.              Duduknya si pengiring sebelum jenazah diletakkan di bumi. Berkata Bukhari :
" Barangsiapa mengiringi jenazah, janganlah ia duduk sebelum ditempatkan dari bahu orang-orang yang memikul. Jika ada yang duduk, maka harus disuruh berdiri! " Lalu diriwayatkannya dari Abu Sa'id al Khudri ra hadits Rasulullah saw.: "Jika kamu melihat jenazah, harus berdiri! Dan siapa yang mengiringinya, janganlah ia duduk sebelum ditempatkan. "
4.              Berdiri ketika jenazah ternampak jenazah. Berdasarkan apa yang diriwayatkan
oleh Ahmad dari Waqid bin'Amar bin Sa'ad bin Mu'adz yang menceritakan: "Saya lihat jenazah lalu di bani salamah, lalu saya berdiri. Maka berkatalah Nabi bin Jubair:" Duduklah, dan saya akan menjelaskan pada anda keterangan yang sah tentang masalah ini '. " Mas'ud bin Hakim ar-Rusqi menyampaikan padaku bahawa ia mendengar Ali bin Abi Thalib ra . berkata: " Dulu Nabi saw. menyuruh kami berdiri bila jenazah lalu, kemudian setelah itu baginda duduk dan menyuruh kami untuk duduk.
5.              Mengiringi jenazah bagi wanita. berdasarkan hadits dari Ummu 'Athiyyah, katanya:
" Kami dilarang untuk mengiringi jenazah, tetapi tidaklah ditegaskan. " (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Ibnu Majah) . Menganggap makruh ini adalah madzhab Ibnu Mas'ud,Ibnu Umar, Abu Umamah, 'Aisyah, Masruq. Hasan, Nakh'i, Auza'i, Ishak dan golongan-golongan Hanafi, Syafi'i, dan Hanbali. Pendapat Malik sama sekali tidaklah makruh bila wanita yang telah berumur pergi mengiringi jenazah, begitu juga bila wanita yang masih muda usia mengiringi jenazah seseorang yang kematiannya dirasakannya sebagai musibah besar atas dirinya, dengan syarat ia pergi itu secara sembunyi-sembunyi dan tidak akan mengakibatkan timbulnya fitnah .

Tarikh : 7/3/2018
Tajuk : Apa Ertinya Saya Menganut Islam ?
Penceramah : Dr. ramlan

SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT AKIDAH
Akidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya.
Untuk menjadikan akidah saya benar-benar diiktiiraf sebagai akidah seorang muslim, saya mestilah :

  1. Beriman dan yakin bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. 
  2. Beriman dan yakin Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau tanpa bermain-main sahaja. 
  3. Beriman dan yakin bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dank e mana akhirnya penghidupan mereka. 
  4. Beriman bahawa nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. Baginda telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi. 
  5. Beriman bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. 
  6. Beriman bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir. 
  7. Beriman bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Namun, tidak dapat mencapai kebaikan tanpa taufik pertolongan Allah serta tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendakNya. 
  8. Beriman bahawa pensyariatan ( penciptaan & penggubalan ) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah. Satu-satunya yang harus bagi Muslim ialah melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hokum-hukum dan nas-nas syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri. 
  9. Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang makhluk ciptaan Allah kerana kita tidak dapat mentakdirkan ( menentukan zat ) Allah sebenarnya. 
  10. Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah. 
  11. Yakin bahawa pendapat para Salafus-saleh lebih uama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta’wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah. Yakin bahawa penta’wilan yang dibuat oleh golongan khalaf (yang datang kemudian ) tidak boleh dijadikan sebab kepada perselisihan yang berpanjangan antara golongan khalaf dan lainnya baik di masa lampau atau masa kini. 
  12. Mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu. 
  13. Takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain daripada Allah. Ketakutan itu seharusnya mendorong menjauhkan diri dari perkara-perkara yang dimurkai dan diharamkan Allah. 
  14. Sentiasa mrngingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. 
  15. Mencintai Allah dan menyebabkan hati sentiasa bergantung kepadaNya. 
  16. Bertawakal kepada Allah dalam semua urusan. Hal ini akan membangkitkan kekuatan dan kesedaran dalam diri. 
  17. Bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tidak terhingga. 
  18. Meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat ( beristighfar ) kerana istighfar itu merupakan kifarat bagi semua kesalahan di samping memperbaharui taubat dan iman. 
  19. Sentiasa berada dalam keadaan muraqabah terhadap Allah, baik dalam keadaan terang atau sembunyi.

FEQH MANHAJI
20 FEBRUARI 2018
TAJUK : PENGURUSAN JENAZAH
(Setiap manusia pasti akan melalui detik kematian)

“DEATH can come at any time, so in order to die as a Muslim you must live your life as a Muslim. There is no time for later to repent your mistake
as DEATH can come at us at any time”

 Kehidupan ini adalah tempat untuk kita menghadapi mati dengan
1)    Mencari ilmu yang bermanfaat
2)    Mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat
  Kita juga perlu belajar menguruskan si mati agar dapat menunaikan ibadat kifayah yang dituntut buat sebilangan anggota masyarakat

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL APABILA BERHADAPAN DENGAN SITUASI KEMATIAN
  Sentiasa tenang dan redha dengan pemergian arwah.
  Sapukan minyak pada kelopak mata arwah jika masih terbuka.
  Jika kelopak mata sukar untuk ditutup, letakkan syiling di atas kelopak mata arwah.
  Sapukan sedikit minyak pada kedua-dua siku arwah untuk melembutkannya, kemudiaan letakkan tangan kanan arwah diatas tangan kiri pada bahagian pusat (seperti keadaan ketika mendirikan solat)
  Letakkan pisau/guntiang atau benda berat atas perut jenazah supaya tidak masuk angin.
  Tangan jenazah dan kaki jenazah diikat dengan menggunakan perca kain.
  Kepala sehingga dagu juga seelokknya diikat dengat perca kain.
  Jika terdapat darah yang keluar dari hidung dan telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar.
  Selimutkan jenazah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala sehingga kaki. (Boleh gunakan sebarang kain seperti kain batik panjang dan sebagainya)
TINDAKAN APABILA MEMANDIKAN JENAZAH
2.    Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
3.    Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
4.    Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
5.    Sediakan air sabun.
6.    Sediakan air kapur barus.
7.    Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
8.    Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
9.    Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
10.  Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
11.  Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
12.  Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
13.  Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
IMG_256
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
IMG_257
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
14.  Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
15.  Siram sebelah kanan 3 kali.
16.  Siram sebelah kiri 3 kali.
17.  Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
18.  Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
19.  Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
20.  Lepas itu siram dengan air kapur barus.
21.  Lepas itu wudukkan mayat.

22.  
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
IMG_258

  "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
IMG_259

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"

Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
23.  Siram dengan air sembilan.
24.  Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
25.  Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan
26.  Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
27.  Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).


TARIKH : 13 FEBRUARI

TAJUK : AKAL (ADAKAH KAU LUPA)
PENCERAMAH: DR SYAHMI

Adakah Kau Lupa


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah



Era Khulafa Ar-Rasyidin

Rasulullah s.a.w akhirnya wafat di Madinah al Munawarrah setelah 24 tahun menghadapi cabaran dalam mengembangkan syiar agama tauhid di Semenanjung Arab. Perjumpaan telah dilakukan oleh golongan sahabat Ansar dan Muhajirrin di Saqifah Bani Saidah dan akhirnya sahabat utama Nabi, Saidina Abu Bakar r.a dibaiat oleh umat Islam sebagai khalifah umat Islam.

Empat orang sahabat Nabi s.a.w diangkat menjadi khalifah umat Islam yang berpusat di Madinah. Pada masa itu, wilayah Islam membesar sehingga ke Afrika Utara, wilayah Syam, Palestin dan Asia Timur. Tentera Islam berjaya menumpaskan salah satu dari empayar paling berpengaruh di Timur Tengah iatu Empayar Parsi Sassanid, dan melemahkan pengaruh Empayar Rom Bizantium di Timur Tengah pada masa itu.
1.    Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a 632–634
2.    Saidina Umar bin al-Khattab r.a 634–644
3.    Saidina Uthman ibn Affan r.a 644–656
4.    Saidina Ali ibn Abi Talib r.a 656–661

Era Dinasti Umaiyyah
Khalifah Bani Umaiyah kukuh di wilayah Syria dan Palestin. Khalifah yang memerintah di Damsyik semasa Abdullah bin Zubair r.a menjadi khalifah di Makkah ialah Khalifah Muawiyah II, Khalifah Marwan dan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Khalifah Abdul Malik bin Marwan r.a dan khalifah selepasnya terus menjalankan pembangunan yang pesat di dalam negara dan perluasan kuasa ke luar negara. Wilayah Islam diluaskan sehingga ke wilayah Efriqya di Afrika Utara, seterusnya mara ke Sepanyol. Tentera Islam juga mara ke wilayah India dan mengukuhkan kuasa di Sungai Oxus di Afghanistan dan Lembah Indus.
Era Dinasti Abbasiyah

Pada tahun 750 M, berlaku Revolusi Abbasiah di mana pucuk pemerintahan khalifah Islam berpindah tangan dari keluarga Bani Umaiyah kepada keluarga Bani Abbasiah. Keluarga Bani Abbasiah berasal dari keturunan Abbas bin Abdul Mutalib r.a, iatu bapa saudara Nabi s.a.w. Diketuai oleh Abdullah al Abbas As Saffah, mereka berjaya merampas kuasa dan As Saffah dilantik sebagai Khalifah Islam di Kufah pada tahun 750 M.
Bandaraya Baghdad menjadi metropolis terbesar di dunia ketika itu dan menjadi pusat kegiatan ilmu antarabangsa. Saintis Islam pada masa itu sentiasa berada di hadapan dalam bidang pengkajian ilmu astronomi, kimia, matematik, mantik, optik, perubatan dan sebagainya. Ilmu keagamaan seperti ilmu fekah, tauhid, tasawuf juga turut berkembang dengan kelahiran banyak ulama dan ilmuwan tersohor.
Era Khilaf Devlet Turki Uthmnaiyah
Di utara Mesir, di benua Asia Kecil, terbentuknya sebuah kerajaan Islam yang kuat yang diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul, seorang gabenor berbangsa Turk. Kerajaan ini berjaya meluaskan pengaruhnya di Asia Kecil dan membuka jalan kepada tentera Islam untuk menakluk Eropah Timur. Pasukan Uthmaniah ini berjaya menakluk Constantinople, ibu kota Empayar Rom Bizantium pada tahun 1453 di bawah Sultan Muhammad Al Fatih.
Pengganti-pengganti Muhammad Al Fatih, kemudiannya menakluk semula wilayah Islam yang berpecah belah di Timur Tengah dan menyatukannya di bawah satu pemerintahan. Tentera Uthmaniah juga berjaya menakluk Makkah dan Madinah dan sultannya mendapat gelaran Khadamul Haramayn(pelayan dua tanah suci)
Sultan Salim I bersama tentera Turknya mara ke Kaherah dan menawan keluarga Khalifah Al Mutawakkil III. Khalifah kemudiannya menyerah lalu menyerahkan jawatan khalifah umat Islam kepada Sultan Salim I, bersama sama dengan alat kebesarannya, pedang dan jubah Nabi Muhammad s.a.w.

Tarikh : 7 Februari 2018
Tajuk : Fathi Yakan
Penceramah : Ustaz Ramlan


Biografi Fathi Yakan

http://ejajufri.files.wordpress.com/2009/06/fathiyakan.jpg?w=146&h=160

NAMA SEBENAR: MAHMUD FATHI IBNU MUHAMMAD ‘INAAYAT SYARIF YAKAN
TARIKH LAHIR : 9 FEBRUARI 1933
TEMPAT LAHIR : TRIPOLI, LUBNAN

ISTERI: MONA HADDAD
ANAK: 5 (4 PEREMPUAN DAN SEORANG LELAKI)
KELULUSAN: MASTER DLM BIDANG KEJURUTERAAN, PH.D DLM PENGAJIAN ISLAM DAN ARAB
TARIKH MENINGGAL DUNIA : 13 JUN 2009
TEMPAT MENINGGAL DUNIA : ARCHRAFIEH, LUBNAN


Sepanjang hayatnya, Fathi Yakan telah mewakaf serta menginfakkan seluruh hidup dan pemikiran beliau kepada aktivisme dakwah dan gerakan Islam tanpa pernah kenal erti jemu dan putus asa selama hampir 50 tahun. Beliau telah memberikan sumbangan bakti dan warisan penulisan intelektual yang tidak ternilai terutama sekali kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menerusi dunia penulisan.

Karya besar seperti Apa Ertinya Aku Menganut Islam yang juga merupakan magnum opus penulisan beliau di samping Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah, Permasalah dakwah dan Pendakwah, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam, Asas-Asas Islam dan buku-buku lain yang melebihi 35 buah buku yang sehingga kini masih menjadi rujukan utama di kalangan aktivis-aktivis gerakan Islam dan universiti di seluruh dunia.

Disiplin ilmu dan paradigma penulisan beliau diangkat sebagai wadah utama yang mempelopori fikrah gerakan Islam di dunia Arab dan negara Islam lain kerana sarat dengan motivasi, strategi, teknik, kreativiti dan lain-lain yang begitu kritikal serta praktikal.

Karya beliau melalui mekanisme berbentuk risalah-risalah dan tulisan-tulisan pula telah membentuk acuan pemikiran serta ideologi dakwah dan gerakan Islam di seluruh dunia sebagai panduan kepada generasi kebangkitan Islam merealisasikan misi dan visi mereka ke arah menjadi Islam sebagai cara hidup - way of life.

Arkitek dakwah dan gerakan Islam ini telah mendapat ijazah kedoktoran (Phd) dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab dari sebuah universiti terkemuka walaupun pada peringkat ijazah (BA) dan sarjana (MA) beliau belajar dalam bidang kejuruteraan. Sejarah mencatatkan beliau begitu komited dan serius terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an lagi dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal tahun 1960an di Lubnan.

Beliau telah diamanahkan sebagai ketua umum di dalam pergerakan berkenaan sehinggalah pada tahun 1992 di mana beliau telah bertanding dan memenangi kerusi di parlimen Lubnan sehinggalah pada tahun 1996. Selepas bersara dari dunia politik, beliau diberi kepercayaan mengetuai Jabhah al-Amal al-Islami dan berperanan penting menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.

Ini adalah antara usaha dan perjuangan terakhir beliau dalam menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutamanya di antara kekuatan serta perselisihan golongan majoriti dan minoriti di sana yang turut mendapat perhatian dunia Islam di peringkat antarabangsa. Ini membuktikan bahawa kewibawaan dan ketrampilan beliau secara semulajadi bukanlah hanya ke medan dakwah, malahan mencakupi segala aspek kehidupan.

Dalam konteks yang lebih luas, Fathi Yakan bukan sahaja dianggap sebagai tokoh ulama dan pemikir Islam yang terkemuka, tetapi juga sebagai seorang anggota Parlimen yang amat disegani di Lubnan dan antara pemimpin gerakan Islam antarabangsa yang amat berpengaruh sebaris dengan reformis Islam Hassan al-Banna, Syed Qutb, Mustafa Mashyur, Hassan Ali an-Nadawi dan beberapa tokoh mujahid mutakhir yang lain.

Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan dan kerugian besar bagi warga Arab di Timur Tengah, bahkan kepada seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivis-aktivis dakwah dan gerakan Islam di seluruh dunia yang mendapat tunjuk ajar daripada beliau sebagai 'guru dakwah moden dan kontemporari' secara langsung dan tidak langsung sejak sekian lama.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un. Al-Fatihah

Benarlah kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah;
مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِيْ الإِسْلاَمِ لاَ يَسُدُّهَا مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ
“Kematian seorang alim adalah suatu kelompongan dalam Islam, ia tidak dapat ditutup walau bertukar ganti malam dan siang.” (riwayat al-Darimi dan Baihaqi)





Tarikh : 14 Mac (Rabu) 2018

Tajuk : Say No to Zina
Penceramah : Ustaz Tajuddin b. Sidek

Penegasan Islam Tentang Zina

Ayat-ayat Al-Qur’an dibawah ini merupakan hukum yang menyatakan
secara tegas bahwa islam mengharamkan zina;
1. “(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya”.(QS. An-Nur : 1)
2. “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akherat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.(QS. An-Nur : 2)
3. “Laki-laki yang berzina tidak menikahi melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dinikahi melainkan oleh laki-laki yang berzina, atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mu’min” .(QS. An-Nur : 3)
Pengertian

Zina adalah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).[2] Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kasus ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wathi’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan. Mengikut peruntukan hukuman syarak yang Disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadits yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud:
“ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali cambuk, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

PEMBAHAGIAN ZINA; ZINA TERBAHAGI MENJADI DUA :

1. MUHSAN
Lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah menikah). Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan. Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telahpernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.


2. BUKAN MUHSAN 
Lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah menikah). Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara di atas tidak boleh dituduh dan didakwa di bawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa di bawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syara’i
HUKUMAN BAGI ORANG YANG MELAKUKAN ZINA 
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati ””.


Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat/cambuk dan di buang keluar negeri/diasingkan selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun””.

Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah dukung dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh hakim dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kasus ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu. Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah ditetapkan kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh hakim tanpa menimbulkan keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat. Perempuan-perempuan yang telah disebutkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.



No comments:

Post a Comment