Thursday 8 February 2018

Sejarah Penubuhan Pusat Islam Surau As-Syafie

Kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-7 dengan kos sebanyak kira-kira RM55.8 juta di atas tapak seluas 24.7 hektar (60 ekar) yang terletak di KM 10, Jalan Padang Tengku, Kuala Lipis. Kampus ini mampu menampung seramai 1,200 orang guru pelatih pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang merangkumi kemudahan pentadbiran, akademik, kokurikulum, kediaman dan kemudahan staf sokongan yang lain sejajar dengan perkembangan dan keperluan pendidikan masa kini. Kini pentadbiran maktab ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah serta 10 orang Ketua Jabatan yang diwujudkan bagi tujuan pengurusan akademik dan hal ehwal guru pelatih. Pentadbiran maktab juga turut disokong oleh kumpulan staf bukan akademik.