LAPORAN AKTIVITI

Program: Bacaan Yassin dan Solat Jenazah Ghaib
Tarikh : 11 Mac 2018
Masa : 8 malam (Selepas Maghrib)

Seorang pelajar PISMP PAI Semester 6 iaitu saudara Zuhair telah pun kehilangan orang yang sangat disayangi, bapa saudaranya. Ahli BIAGA mengambil inisiatif dan mengambil kata sepakat untuk mengadakan majlis bacaan yassin dan solat jenazah ghaib untuk allahyarham.  
Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan solat jenazah ghaib. Solat tersebut telah diimamkan oleh saudara Absyar dari PISMP PAI Semester 6. Selesai solat, majlis diteruskan dengan membaca surah yassin. 
Seluruh warga Surau As-Shafie tumpang bersedih atas pemergian allahyarham bapa saudara Zuhair itu. Warga institut merakamkan ucapan takziah buat seluruh isi keluarga Zuhair dan turut mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Al-fatihah.

                              Solat jemaah dihadiri siswa-siswi IPGKTAA, pensyarah dan staf.

No comments:

Post a Comment